Kelas Mahir Masak - Vanilla Muffin
6 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Pekan Kubu Gajah telah berjaya menganjurkan Kelas Mahir Masak - Vanilla Muffin pada 6 Ogos 2026 sebagai salah satu inisiatif di bawah program NADI Mahir Masak bagi meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang penyediaan makanan dan bakeri.
Sepanjang kelas berlangsung, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai teknik penyediaan adunan vanilla muffin yang betul, sukatan bahan yang tepat serta kaedah membakar bagi menghasilkan muffin yang lembut, gebu dan enak. Peserta juga berpeluang menjalankan sendiri setiap proses penyediaan bermula daripada mencampurkan bahan, menuang adunan ke dalam acuan sehingga proses membakar.
Suasana pembelajaran yang santai dan interaktif membolehkan peserta menimba pengalaman secara praktikal serta meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan produk bakeri berkualiti. Hasil akhir yang berjaya disediakan oleh para peserta membuktikan bahawa kemahiran asas bakeri mampu dipelajari dengan mudah melalui bimbingan yang sistematik.
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dengan membuka peluang untuk menambah kemahiran, menjana pendapatan melalui perniagaan makanan serta menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: